Saturday 1 November 2008

Selamat Datang...

Selamat Datang kepada para pengunjung blog ini khususnya my students..semoga kemunculan blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar sekalian dalam mendapatkan sumber pembelajaran khusunya bagi pelajar-pelajar di jabatan perdagangan Politeknik Merlimau, Melaka.

Buat permulaan, blog ini akan menyediakan sumber-sumber akademik seperti nota-nota, soalan - soalan latihan, kuiz, tugasan dan juga contoh-contoh soalan lepas bagi modul P3117 Keusahawanan dan juga P3120 Undang-undang Syarikat.

Walau bagaimanapun, bahan-bahan ini akan di kemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa.
Para pelajar juga boleh mengemukakan persoalan atau kemusykilan berkaitan topik yang telah diajar di dalam kuliah menerusi ruangan forum di dalam blog ini di samping juga dapat mengadakan perbincangan ilmiah sesama rakan pelajar atau juga mana-mana pihak yang berminat untuk menyertainya.

Semoga penghasilan blog ini akan memberikan impak yang positif kepada pelajar dalam usaha meningkatkan keupayaan dan pencapaian yang lebih cemerlang.